Awal Jun. Langit mendung tapi masih lagi anggun. Angin di laut laut mati, panas namati dan orang ramai gila lalu lalang — sedikit mengganggu saya nak menaip.

Pasir Panjang setiap tahun berubah rupa. Payung, cat kedai, susunan bangsal di tepi pantai beralih tempat membuatkan ia sentiasa bersifat baru.

Seperti baru kelmarin saya disini.

Seperti baru kelmarin saya yang masih mamai baru buka kedai ABC, yang pada sebenarnya sudah nak menjengah ke tengah hari. ‘Early bird gets the worm’. —Saya tak pakai sangat pepatah orang putih. Jadi hanya orang putih bangun pagi, berjogging atau kutip sampah tepi pantai. Dan menunggu saya buka kedai.

Saya masih ingat momen mak saya nyanyi lagu Potret Monalisa. Momen dimana seluruh dunia terasa aman, tidak ada perang. Terbang burung pun berhenti, cacing menari. Dia yang ralit menyapu daun ketapang kering. Sebetulnya bukan nyanyi, tapi hanya humming; saya tak tahu perkataan humming dalam bahasa Melayu. Tapi momen itu Masih saya ingat, sebab Perhentian masih lagi ada seni.

Sekarang orang datang makin ramai. Pasir Panjang yang sentiasa hidup ini nampak lemas. Dan kami pun berlumba nak bina bangunan tinggi, binaan dari batu. Semua nampak flat dan tak elegan. Dan masing masing sudah hilang identiti. Bangsal di tepi pantai pula sudah tidak beratap nipah. Pantai pun jadi padat kerana semua orang berlumba. Beach boy pun sudah enggan nak menulis kata-kata mulia kerana papan tanda penuh dengan tanda harga.

Perhentian perlu berhenti membangun. Tenang la kejap. Bagi semua orang bernafas. Nyanyi la dulu satu lagu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *