Selepas bestseller Madame Bokary dan Madame Bokary II, Fikri Kacak kembali dengan Akak CC.
CC bermaksud Chief Clerk. Dalam setiap jabatan ada gomen ada posisi CC ni. CC adalah individu yang dilihat ‘sangat berkuasa’ dalam pejabat selepas ketua jabatan. Jawatan ini kebiasaannya dipegang oleh wanita. Pun begitu CC lelaki pun ada. Jarang jumpa la.
Pada zaman belum adanya Google, CC ibarat buku teks bergerak. Hafal setiap Pekeliling dan Peraturan. Siap tahu setiap para dan seksyen. Kadang-kadang, CC juga jadi rujukan dan luahan kehidupan peribadi. Itu kalau dapat CC yang bestlah.
Dan selalunya, anak dara CC cantik-cantik.
Fikri menulis perbualan dan kisah-kisah sehariannya bersama Akak CC di pejabat. Rencam dan kadang-kadang buat kau geram.
Reviews
There are no reviews yet.