Tentang Buku
Lelaki kucing ini hidup dengan mengejar awan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Sekilas bayang awan di langit, dia tahu yang mana satu awan kumulus dan mana satu awan nimbus.
Ini buku tentang pengembaraan Dr. Rem di bumi Anbia. Ada hari dia minum pagi di Jeddah, makan tengah hari di Mekah, kemudian makan malam di Madinah. Esoknya, dia di rumah Pangi – masak sup ayam kampung bambangan, nasi tadong, dan bancuh kopi pekat tanpa susu.
Dalam pengembaraan ini, Dr. Rem tidak berjumpa dengan orang yang melalak melolong macam monyet bangkatan atau kisah-kisah lain yang sering kamu baca di majalah dan tabloid bila saja menjelang musim haji. Kalau ada pun – cerita lelaki yang mengongoi kerana rindukan kucing-kucingnya yang sudah berbulan ditinggalkan di Rumah Pangi.
Membaca buku ini adalah satu pengembaraan yang menghiburkan.
Reviews
There are no reviews yet.