Studio Anai Anai adalah sebuah penerbitan kecil yang menjalankan aktiviti menerbit dan menjual buku secara ‘runcit-runcit’ yang beroperasi di Kuala Lumpur. Semua buku-buku yang kami terbitkan dicetak secara terhad dan tidak diulang cetak demi mengekalkan nilai buku-buku kami. Prinsip kami, ‘menjual buku bukan kertas’.
Kami jarang menerima manuskrip dari pihak luar memandangkan kami lebih suka mencari dan mengenalpasti sendiri bakal penulis kami. Namun begitu, kadang-kadang kami akan membuka peluang kepada pembaca/peminat/pemuja kami untuk menghantar penulisan mereka untuk kami terbitkan dalam bentuk himpunan atau ‘kompilasi’. Rajin-rajinlah peka dengan sebarang pengumuman oleh pihak kami ya?
Buku-buku kami tiada di kedai-kedai buku tempatan jadi hentikanlah mencari di sana. Namun demi solidariti, kami membenarkan kedai buku alternatif seperti Kedai Fixi dan Dubook Store menjadi wakil kami. Boleh melawat premis mereka untuk mendapatkan buku-buku kami. Selain itu, kami juga menerima pembelian gaya ‘WowShop’ melalui Whatsapp ke 019-3681917 (Zan Zaini), melalui FaceBook Messenger Mohzan OP Zaharin selain dari pembelian melalui laman web ini.
Ingat motto kami, “Kita Boleh Bincang, Bhai!’