Ini tahun keempat berturut-turut, Studio Anai Anai dan Sindiket Sol-jah menyertai Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) bersama-sama pakatan Penaklukan Roman X Selut.

Enam buku baharu diterbitkan untuk tujuan PBAKL 2018. Buku-buku tersebut ialah Diam Adalah Kata-kata Yang Tidak Sempat Sampai Kepadamu oleh Ridzuan Harun, dua buku oleh Sani Sudin iaitu Monolopong dan Matamu Rindu Yang Meminta, Lemoi Praaq oleh Bungolale, Cari Perhentian Di Mana Nak Berhenti oleh Zauriey Zulkilfi, Syif Malam kisah benar yang ditulis oleh para petugas di hospital dan antologi Lagi Surat-Surat Cinta Tak Tersampaikan.

Bagi memberi peluang kepada peminat-peminat untuk bertemu dengan para penulis, sesi ‘Temu dan Tegur’ telah diadakan bersama penulis Bungolale, Ridzuan Harun, dan Rafi Harumin.

PBAKL 2018 berlangsung selama 10 hari bermula 27 April hingga 6 Mei 2018.

IMG_0519
IMG_0513
IMG_0508
IMG_0507
IMG_0505
IMG_0473
IMG_0458
IMG_0451
IMG_0336
IMG_0311
IMG_0307
IMG_0311

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *