Perjalanan sejarah Perhentian begitu panjang. Begitu perjalanan saya kesana kemari mencari dan mengumpul bahan sejarah, baik sejarah bertulis, lisan mahupun foto-foto lama. Ada banyak lagi tokoh yang perlu saya jumpa dan ada juga yang menawarkan diri untuk berkongsi cerita. Begitu bara semangat selepas saya khabarkan niat saya. Mungkin ini semangat yang dikongsi bersama dari leluhur— tidak kira bersangkut darah atau tidak, semangat Batin Mina.

Di Jelor, Pasir Puteh menemui jiran lama saya, abang Mohamad@Kori. Saya fokuskan beliau untuk sejarah Perhentian Moden. Begitupun, cebisan-cebisan sejarah lama, saya ambil untuk perbandingan fakta. Tapi untuk sejarah moden beliau lebih jelas dari segi tarikh dan perincian.

Beliau ada ceritakan tentang kisah Bruno begitu menarik untuk saya sampaikan. Jauh sebelum Perhentian membina nama dari sektor pelancongan, sebenarnya orang-orang Eropah sudah mula bertandang. Mereka ialah kumpulan backpackers yang menumpang bot bot nelayan yang kebetulan lalu. Untuk tinggal disini, mereka harus membawa bekalan makanan mereka sendiri, khemah dan peralatan. Ada diantara mereka men-survived-kan diri dengan meminum air kelapa atau memakan isi kelapa tua, ada juga memancing ikan atau apa saja yang boleh dimakan.

Sampailah kepada kisah Bruno ini. Selepas meminta izin untuk tinggal di satu sudut kawasan Pasir Panjang. Beliau membina rumah sementara dari kayu-kayu hutan. Lalu beliau juga membina rakit, mungkin untuk memancing atau permainan masa lapang. Hidup dengan sumber alam yang ada di sekeliling. Selepas tiga bulan, Bruno ini pulang. Selepas beberapa ketika tahulah orang bahawa Bruno ini dalam buruan Kerajaan Filipina. Dan hilangnya beliau tanpa jejak dan berita selepasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *