Semalam Afro ajak berbuka di Rivadesatera. Entah apa sedapnya makan di situ, aku pun tak tahu. Tapi yang pastinya sebelum perut menjamah makanan, mata kami sudah kenyang awal-awal lagi!

Kebetulan berhampiran Rivadesatera terdapat deretan gerai yang menjual berbagai jenis juadah. Afro dan aku menyusuri bazar Ramadhan ini perlahan-lahan. Mencari sesuatu yang boleh dijadikan pembuka selera sebentar nanti. Tapi mata kami terus-terusan dihidangkan dengan benda-benda yang bulat dan beroleng-oleng. Dalam berbagai saiz dan warna. Hish! Ngeri!!

Aku pandang Afro, Afro pandang aku. Dia menggeleng, aku tersengih. Tinggal beberapa minit sahaja untuk berbuka tapi cabaran dan ujiannya menjadi lebih dahsyat. Takkan kami nak jalan tutup mata pula, ya tak?!

Pesan Sweet Charity dulu, “Jangan jalan raba-raba, nanti masuk longkang!!”

Seperti matahari, benda-benda bulat ini mampu memberi sinar dalam hidup kami. Dan seperti matahari juga, kalau dipandang tanpa berkelip dalam jangkamasa yang lama mata boleh rosak!

Ubat kalau diambil melebihi dos yang ditetapkan juga boleh memudaratkan, bukan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *