Zainal Rashid adalah seorang lelaki yang terperangkap di dalam sebuah daerah gelap dan sunyi. Sesekali dia berjaya meloloskan diri untuk keluar mencari cahaya, tetapi dia tersedar bahawa suasana terang dan riuh bukanlah sesuatu yang indah dan menyeronokkan buat dirinya. Lalu, dengan tergesa-gesa dia kembali semula ke dalam dunia asalnya, bersembunyi, dan mula menulis cerpen-cerpen tentang kegelapan yang telah ditemui di sepanjang perjalanannya itu. Begitulah seterusnya dan berulang-ulang kali.
Susuk tubuh misteri ini telah memenangi pelbagai hadiah sastera berprestij. Dia menulis tiga buah cerpen di dalam buku ini: Ini Bukan Gloomy Sunday, Jalan Mati Gloomy Sunday, dan Memang Bayangan Gloomy Sunday.
Reviews
There are no reviews yet.