Selain menulis cerpen dan novel, Siti Jasmina merupakan penulis skrip teater, drama TV, dan filem yang dah ada nama dan memang buat duit. Kita pun tidak tahu dari mana dia dapat stamina untuk menjadi busybody kepada masyarakat, mencerap cerita-cerita mereka, dan menterjemahkannya semula kepada puluhan skrip. Lalu mempersembahkannya kepada khalayak untuk diambil sebagai ‘yang baik dijadikan teladan, yang jahat dijadikan sempadan’ kononnya. “Kali ini Jasz tulis lain sikit, bang!”
Perempuan cantik berkulit kuning langsat ini pernah memenangi pelbagai hadiah sastera dan hadiah penulisan skrip. Dia menulis tiga buah cerpen di dalam buku ini: Lubang Perut, Penternak Hati, dan Jarum Jocasta.
Reviews
There are no reviews yet.