Di waktu senggang Saifullizan gemar berbaring di atas sofa dalam keadaan menelentang sambil bola matanya mengitari segenap satah dinding; memerhatikan lipas atau cicak beromen. Dan apabila dia bercerita, dan tiba-tiba cicak berbunyi cak-cak-cak, dia akan berkata, “Hah! Betul kata cicak….” Jadi, kita nak kata apa lagi…. Betul kata cicak, maka betullah cerita dia, kan! Takkanlah cicak nak menipu.
Lelaki yang gemar berkemeja polos putih ini telah memenangi pelbagai hadiah sastera. Dia menulis tiga buah cerpen di dalam buku ini: Ifindo, Sadu, dan Mokoi dan Guti. Mungkin itu nama-nama lipas peliharaannya. Manalah kita nak tahukan…. Kata orang banyak, lelaki yang memelihara binatang adalah seorang lelaki yang penyayang.
Reviews
There are no reviews yet.